KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan
|
contohnya
|
kata bilangan tentu | satu, dua, tiga, dan seterusnya |
kata bilangan tak tentu | beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah- setengah, dan sebagainya |
kata bilangan pecahan | suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya |
kata bilangan pisahan | setiap dan tiap-tiap |
kata bilangan himpunan | kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya |
kata bilangan tingkat | pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
kata bilangan tanya | berapa |
Jenis Kata Bilangan
|
contoh
|
Kata bilangan himpunan 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. | 1. satu,dua tiga, sepuluh 2. Dua ekor kambing. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata bilangan tak tentu 1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. | 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh 2. Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata bilangan tingkat 1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. | 1. pertama, kedua, ketiga 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. | 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu. |
Kata bilangan pisahan | 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan