27 Mac, 2012

Tips Mengarang Yang Berkesan


PILIH SOALAN YANG TEPAT
• Baca semua soalan.
• Pilih tajuk karangan beserta format yang benar-benar dikuasai.
• Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.


KUNCI SOALAN
• Kunci karangan biasanya berupa kata atau rangkaian kata. 
  Contohnya :
i      Ceritakan tindakan-tindakan………
      ii     Tulis perbualan………..
      iii    Bincangkan……..
• Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada 
   kehendak soalan.                                            


SEDIAKAN RANGKA KARANGAN
• Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
• Isi-isi karangan perlu diberikan huraian beserta contoh yang sesuai.
• Karangan anda harus mempunyai penutup, iaitu kesimpulan tentang tajuk.


MENULIS KARANGAN YANG BAIK
• Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
• Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum tentang 
  kehendak soalan.
• Pada bahagian isi, memadailah empat isi beserta contoh yang sesuai.
• Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan perkaitan isi karangan.
• Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun,
  dan sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.


MENYEMAK KARANGAN
• Tujuannya supaya:
i     markah tidak ditolak.
ii    dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa.
iii   dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi.
iv   panjang karangan menepati arahan soalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan