02 Mei, 2012

Bahasa Rojak


          Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.



         
          Bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.


Contoh bahasa rojak - Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris

Kau memang terror la!

            Tempat makan ni best sangat!


Contoh bahasa rojak - Bahasa Melayu campur bahasa Cina.

Nak makan sini ke nak tapau?

            Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim punya maa!

            Apasal lu buat ini kerja cincai?



Hentikan penggunaan bahasa rojak





01 Mei, 2012

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 4


Tarikh / Hari                 :           27 Mac 2012 / Selasa
Masa                            :           8.45 - 9.45 pagi
Kelas                           :           Tahun 4 Mutiara
Bilangan Murid             :           10 orang
Mata Pelajaran             :           Bahasa Melayu
Tema                           :           Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk                            :           Peribahasa : Simpulan Bahasa
Hasil Pembelajaran     :            FU - 6.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti peribahasa yang biasa
                                                                                  digunakan dalam sesuatu genre.        
           
                                                   FS - 5.2 Aras 1 (i) - Membaca lancar bahan sastera dengan
                                                                                   intonasi dan sebutan yang betul.

Objektif                         :           Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
                                                i) - Murid dapat mencari, menyenarai dan memberi maksud 
                                                     kepada sekurang-kurangnya enam simpulan bahasa yang 
                                                     terdapat dalam petikan.

                                                ii) - Membaca bahan petikan cerita “Monyet Yang Pintar” dengan
                                                      intonasi dan sebutan yang betul.

                                                iii) - Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya lapan daripada
                                                       sepuluh soalan simpulan bahasa yang diberikan.

Sistem Bahasa              :           Simpulan bahasa.
Ilmu                                :           Kesusasteraan.
Nilai                                :           Bekerjasama dan keberanian.

Pengetahuan                 :           Murid pernah mempelajari topik Simpulan Bahasa sebelum ini
Sedia Ada                                  dan pernah mendengar serta menggunakannya dalam 
                                                   perbualan harian.

Bahan Bantu                 :           - Kad cantuman
Mengajar                                   - lembaran petikan dan lembaran kerja
                                                  - latihan interaktif melalui komputer

                                               

 Langkah / Masa

 Isi Pelajaran
 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Catatan

 Aktiviti Guru
 Aktiviti Murid

Set
Induksi

(5 minit)


Mencantum dan membentuk perkataan menjadi simpulan bahasa yang bermakna.

Guru meminta murid mencari rakan dan duduk secara pasangan.

Guru menyerahkan sampul besar kepada pasangan murid serta
menyatakan arahan yang perlu dilakukan oleh mereka.



Murid mencantum semua perkataan untuk membentuk tiga simpulan bahasa.

Murid menampal dan menyebut simpulan bahasa yang dihasilkan pada papan tulis.

Guru dan murid berbincang tentang padanan yang betul serta serba ringkas mengenai maksudnya.


Sampul yang terdapat keratan simpulan bahasa.


KP:
Inter
personal

Langkah
1

(10 minit)


Membaca lembaran petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.




Guru meminta murid membaca secara senyap sambil meneliti ejaan dan tanda baca untuk intonasi dan sebutan yang baik.


Murid membaca secara senyap.

Murid membaca kuat secara individu dengan intonasi dan sebutan yang betul.

Lembaran petikan cerita “Monyet Yang Pintar”

Langkah
 2

(15 minit)


Membaca semula lembaran petikan untuk mengesan dan mencari maksud simpulan bahasa.






Guru meminta murid membaca semula petikan  sambil:

- mencari dan
  menggaris
  simpulan bahasa
  daripada petikan.

- mencari maksud
  simpulan bahasa.

Guru memberi penerangan secara ringkas mengenai simpulan bahasa beserta contoh yang lain.


Murid membaca semula petikan sambil mencari simpulan bahasa yang terdapat di dalamnya secara berpasangan.

Memberi makna simpulan bahasa tersebut melalui kamus simpulan bahasa.

Murid berbincang bersama guru  mengenai jawapan yang betul beserta huraian maksud simpulan bahasa.


Lembaran petikan.

- Kamus simpulan bahasa.


BCB:
Bacaan Mentalis

Langkah
3

(15 minit)


Membina  lima ayat berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipelajari.


Guru meminta murid membina dan menulis  ayat berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipelajari secara berpasangan.


Murid membina ayat bersama pasangan.

Membacakan ayat yang dibina untuk dinilai oleh guru dan rakan sekelas.

Murid berbincang bersama guru untuk memperbaiki ayat bersesuaian dengan ketepatan maksud simpulan bahasa.


KB:
Menjana Idea

Langkah
 4

(10 minit)


Melengkap ayat dengan simpulan bahasa yang betul.



Guru meminta murid melengkapkan ayat yang disediakan dengan simpulan bahasa yang betul.

Murid menjawab soalan daripada lembaran kerja secara individu.

Murid berbincang bersama guru untuk mengetahui jawapan yang betul.


Lembaran kerja.

Penutup

(5 minit)



Rumusan isi pelajaran dan nilai murni.





Rumusan guru mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam perbuatan seharian untuk:

- menegur
  seseorang secara
  halus supaya tidak
  mengecilkan hati.

- keindahan bahasa
  Melayu yang
  penuh  kelembutan
  dan adab bila
  bertutur.


Murid perlu menerapkan dalam jiwa supaya bertutur dengan baik dan berhemah dalam kegiatan seharian bersama guru, rakan, keluarga dan masyarakat.

 Pengayaan


KB:
Merumus



27 April, 2012

Belajar Mengenai Pepatah.


          Pepatah juga disebut perbilangan dan mempunyai struktur yang hampir sama dengan bidalan. Pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah seperti ikatan puisi.
          Setiap pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Pepatah
Maksud Pepatah
Alah bisa tegal biasa.Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.Orang besar-besar berselisih, rakyat jelata yang menderita.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.Membuat sesuatu sedikit demi sedikit, lama-lama akan berhasil juga.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Orang yang bercita-cita akan berusaha untuk mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah hingga berjaya.
Ketengah boleh, ke tepi pun boleh.
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Budi baik tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Biar putih tulang, jangan putih mata.Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Ditelan mati emak, diluah mati bapaSusah untuk memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Hilang bahasa lenyap bangsaKalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsa itu lagi.



25 April, 2012

Belajar Mengenai Bidalan


Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Seperti perumpamaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Bidalan lebih kerap digunakan berbanding pepatan kerana ia lebih mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran yang sesuai diterapkan dalam kehidupan harian.



Bidalan



Maksud Bidalan
Alah membeli menang memakai

Beli barang bernilai dengan harga tinggi kerana mutunya.
Diam ubi berisi, diam penggali berkaratOrang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa.

Hati hendak semua jadi

Jika ingin melakukan sesuatu pasti boleh berjaya
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihJika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu, hanya pandai memberikan pelbagai alasan

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

Lama hidup meluaskan pengalaman dan pengetahuan
Nak kaya berdikit-dikit

Kalau hendak kaya harus berjimat cermat
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitMelakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya akan bertambah juga hasilnya.



 









23 April, 2012

Belajar Mengenai Perumpamaan


  • Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
  • Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama
  • Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
  • Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terang an dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
  • Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik, manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
  • Antara contoh perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.

Perumpamaan

Maksud Perumpamaan

Bagai melukut di tepi gantang

Orang yang tidak dipedulikan

Bagai menatang minyak yang penuh

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang

Bagai mencurah air ke daun keladi

Tidak berguna memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar

Bagai tikus jatuh ke beras

Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Orang yang hilang tempat bergantung

Seperti aur dengan tebing

Orang yang suka tolong-menolong

Seperti embun di hujung rumput

Kesetiaan yang tidak kekal

Seperti hujan jatuh ke pasir

Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi

Seperti ikan pulang ke lubuk

Orang merantau balik ke tempat asal

Seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul

Menasihati orang berbuat baik tetapi diri sendiri tidak berbuat demikian

Seperti pahat dengan penukul

Orang yang membuat pekerjaan hanya apabila disuruh

Seperti tanduk diberkas

Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat

Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan

Membuat sesuatu, biarlah sampai habis

Belakang parang jika diasah lagikan tajam

Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap

Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu sehingga selesai dan berjaya

Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya

Bersusah-payah sebelum mendapat hasil yang baik

Lain padang lain belalang

Adat resam sesuatu tempat adalah berbeza


21 April, 2012

Belajar Mengenai Bandingan Semacam.







Jika anda ingin tahu mengenai Bandingan Semacam,
sila klik.. Pasti anda akan menemui sesuatu yang menarik untuk dipelajari.


Di sini pula ada sesuatu yang berguna untuk menambah koleksi pengetahuan anda mengenai bandingan semacam.


Mahu menguji kepintaran anda mengenai Bandingan Semacam? Cuba di sini,




'Terima Kasih Daun Keladi'...
kepada pemilik laman sesawang yang saya gunakan.











17 April, 2012

Belajar Mengenai Kata Seru


1.Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.


Kata Seru

Penggunaannya

Ayat Contoh


aduh


untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum


1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!


aduhai


untuk menyatakan
perasaan sedih


Aduhai, malang sungguh nasibku!


ah


untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu


1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!


amboi/wah


untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum


1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!


cis/cih


untuk menyatakan perasaan marah dan benci


1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku!


wahai


menyatakan perasaan sayang atau merayu


Wahai, adikku sayang!


amboi


menunjukkan perasaan kagum


Amboi, tingginya bangunan KLCC ini!


aduh


perasaan sakit


Aduh, sakitnya tanganku ini!


wah


perasaan hairan


Wah, cantiknya merak ini!