27 April, 2012

Belajar Mengenai Pepatah.


          Pepatah juga disebut perbilangan dan mempunyai struktur yang hampir sama dengan bidalan. Pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah seperti ikatan puisi.
          Setiap pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Pepatah
Maksud Pepatah
Alah bisa tegal biasa.Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.Orang besar-besar berselisih, rakyat jelata yang menderita.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.Membuat sesuatu sedikit demi sedikit, lama-lama akan berhasil juga.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Orang yang bercita-cita akan berusaha untuk mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah hingga berjaya.
Ketengah boleh, ke tepi pun boleh.
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Budi baik tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Biar putih tulang, jangan putih mata.Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Ditelan mati emak, diluah mati bapaSusah untuk memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Hilang bahasa lenyap bangsaKalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsa itu lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan