RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
BAHASA
MELAYU TAHUN 4
Tarikh
/ Hari : 27 Mac 2012 / Selasa
Masa : 8.45
- 9.45 pagi
Kelas : Tahun
4 Mutiara
Bilangan
Murid : 10
orang
Mata
Pelajaran : Bahasa
Melayu
Tema : Yang
Baik Jadikan Teladan
Tajuk : Peribahasa
: Simpulan Bahasa
Hasil Pembelajaran : FU - 6.2 Aras 2 (i) - Mengenal
pasti peribahasa yang biasa
digunakan dalam sesuatu genre.
FS
- 5.2 Aras 1 (i) - Membaca lancar bahan sastera dengan
intonasi dan sebutan yang betul.
Objektif : Pada
akhir pembelajaran, murid dapat:
i) - Murid dapat mencari, menyenarai dan
memberi maksud
kepada
sekurang-kurangnya enam simpulan bahasa yang
terdapat
dalam petikan.
ii)
- Membaca bahan petikan cerita “Monyet Yang Pintar” dengan
intonasi
dan sebutan yang betul.
iii)
- Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya lapan daripada
sepuluh
soalan simpulan bahasa yang diberikan.
Sistem
Bahasa : Simpulan bahasa.
Ilmu : Kesusasteraan.
Nilai : Bekerjasama
dan keberanian.
Pengetahuan :
Murid pernah mempelajari
topik Simpulan Bahasa sebelum ini
Sedia Ada dan pernah mendengar serta menggunakannya
dalam
perbualan harian.
Bahan
Bantu : - Kad cantuman
Mengajar -
lembaran petikan dan lembaran kerja
-
latihan interaktif melalui komputer
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
Set
Induksi
(5 minit)
|
Mencantum
dan membentuk perkataan menjadi simpulan bahasa yang bermakna.
|
Guru
meminta murid mencari rakan dan duduk secara pasangan.
Guru
menyerahkan sampul besar kepada pasangan murid serta
menyatakan
arahan yang perlu dilakukan oleh mereka.
|
Murid
mencantum semua perkataan untuk membentuk tiga simpulan bahasa.
Murid
menampal dan menyebut simpulan bahasa yang dihasilkan pada papan tulis.
Guru dan
murid berbincang tentang padanan yang betul serta serba ringkas mengenai
maksudnya.
|
Sampul
yang terdapat keratan simpulan bahasa.
KP:
Inter
personal
|
Langkah
1
(10 minit)
|
Membaca
lembaran petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.
|
Guru
meminta murid membaca secara senyap sambil meneliti ejaan dan tanda baca
untuk intonasi dan sebutan yang baik.
|
Murid
membaca secara senyap.
Murid membaca
kuat secara individu dengan intonasi dan sebutan yang betul.
|
Lembaran
petikan cerita “Monyet Yang Pintar”
|
Langkah
2
(15 minit)
|
Membaca
semula lembaran petikan untuk mengesan dan mencari maksud simpulan bahasa.
|
Guru
meminta murid membaca semula petikan
sambil:
-
mencari dan
menggaris
simpulan bahasa
daripada petikan.
-
mencari maksud
simpulan bahasa.
Guru
memberi penerangan secara ringkas mengenai simpulan bahasa beserta contoh yang
lain.
|
Murid
membaca semula petikan sambil mencari simpulan bahasa yang terdapat di
dalamnya secara berpasangan.
Memberi
makna simpulan bahasa tersebut melalui kamus simpulan bahasa.
Murid
berbincang bersama guru mengenai
jawapan yang betul beserta huraian maksud simpulan bahasa.
|
Lembaran petikan.
- Kamus
simpulan bahasa.
BCB:
Bacaan
Mentalis
|
Langkah
3
(15 minit)
|
Membina lima ayat berdasarkan simpulan bahasa yang telah
dipelajari.
|
Guru
meminta murid membina dan menulis ayat
berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipelajari secara berpasangan.
|
Murid
membina ayat bersama pasangan.
Membacakan
ayat yang dibina untuk dinilai oleh guru dan rakan sekelas.
Murid
berbincang bersama guru untuk memperbaiki ayat bersesuaian dengan ketepatan
maksud simpulan bahasa.
|
KB:
Menjana
Idea
|
Langkah
4
(10 minit)
|
Melengkap
ayat dengan simpulan bahasa yang betul.
|
Guru
meminta murid melengkapkan ayat yang disediakan dengan simpulan bahasa yang
betul.
|
Murid
menjawab soalan daripada lembaran kerja secara individu.
Murid
berbincang bersama guru untuk mengetahui jawapan yang betul.
|
Lembaran
kerja.
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
isi pelajaran dan nilai murni.
|
Rumusan
guru mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam perbuatan seharian untuk:
-
menegur
seseorang
secara
halus
supaya tidak
mengecilkan hati.
-
keindahan bahasa
Melayu yang
penuh
kelembutan
dan
adab bila
bertutur.
|
Murid
perlu menerapkan dalam jiwa supaya bertutur dengan baik dan berhemah dalam
kegiatan seharian bersama guru, rakan, keluarga dan masyarakat.
|
Pengayaan
KB:
Merumus
|