Pepatah juga disebut perbilangan dan mempunyai struktur yang hampir sama dengan bidalan. Pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah seperti ikatan puisi.
Setiap pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Pepatah
|
Maksud Pepatah
|
Alah bisa tegal biasa. | Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan. |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Orang besar-besar berselisih, rakyat jelata yang menderita. |
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. | Membuat sesuatu sedikit demi sedikit, lama-lama akan berhasil juga. |
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. |
Mendapat sesuatu yang diingini.
|
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. |
Orang yang bercita-cita akan berusaha untuk mencapainya.
|
Genggam bara api, biar sampai jadi arang. |
Bersabar melakukan kerja yang susah hingga berjaya.
|
Ketengah boleh, ke tepi pun boleh. |
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja.
|
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. |
Budi baik tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
|
Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa. | Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak. |
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. | Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita. |
Biar putih tulang, jangan putih mata. | Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu. |
Ditelan mati emak, diluah mati bapa | Susah untuk memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting. |
Hilang bahasa lenyap bangsa | Kalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsa itu lagi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan