- Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
- Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama
- Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
- Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terang an dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
- Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik, manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
- Antara contoh perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan | Maksud Perumpamaan |
Bagai melukut di tepi gantang | Orang yang tidak dipedulikan |
Bagai menatang minyak yang penuh | Memelihara anak dengan penuh kasih sayang |
Bagai mencurah air ke daun keladi | Tidak berguna memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar |
Bagai tikus jatuh ke beras | Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan |
Seperti anak ayam kehilangan ibu | Orang yang hilang tempat bergantung |
Seperti aur dengan tebing | Orang yang suka tolong-menolong |
Seperti embun di hujung rumput | Kesetiaan yang tidak kekal |
Seperti hujan jatuh ke pasir | Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi |
Seperti ikan pulang ke lubuk | Orang merantau balik ke tempat asal |
Seperti ketam menyuruh anaknya | Menasihati orang berbuat baik tetapi diri sendiri tidak berbuat demikian |
Seperti pahat dengan penukul | Orang yang membuat pekerjaan hanya apabila disuruh |
Seperti tanduk diberkas | Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar | Membuat sesuatu, biarlah sampai habis |
Belakang parang jika diasah lagikan tajam | Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai |
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak | Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap |
Genggam bara api, biar sampai jadi arang | Membuat sesuatu sehingga selesai dan berjaya |
Kalau tidak dipecahkan ruyung, | Bersusah-payah sebelum mendapat hasil yang baik |
Lain padang lain belalang | Adat resam sesuatu tempat adalah berbeza |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan