Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Seperti perumpamaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Bidalan lebih kerap digunakan berbanding pepatan kerana ia lebih mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran yang sesuai diterapkan dalam kehidupan harian.
Bidalan | Maksud Bidalan |
Alah membeli menang memakai |
Beli barang bernilai dengan harga tinggi kerana mutunya.
|
Diam ubi berisi, diam penggali berkarat | Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa. |
Hati hendak semua jadi |
Jika ingin melakukan sesuatu pasti boleh berjaya
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih | Jika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu, hanya pandai memberikan pelbagai alasan |
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa | Lama hidup meluaskan pengalaman dan pengetahuan |
Nak kaya berdikit-dikit |
Kalau hendak kaya harus berjimat cermat
|
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit | Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya akan bertambah juga hasilnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan