02 April, 2012

Belajar Mengenai Kata Kerja - Bahagian 1


KATA KERJA 


Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh 
    pembuatnya  kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu
    dipanggil penyambut (objek).

2. Ayat ini mesti ada penyambutnya (objek)

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan 'me-' sama ada sebagai awalan
    atau sebahagian daripada imbuhan. 
    Contohnya: 
    mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. 
Contohnya:
Atan mendengar radio.
  • Atan ialah pembuat/subjek.
  • mendengar ialah kata kerja transitif
  • radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan:
men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
-   Kucing ialah pembuat/subjek.
-   menangkap ialah perbuatan melampau
-   seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

2. Perempuan itu menjual sayur.
-   Perempuan ialah pembuat/subjek.
-   menjual ialah perbuatan melampau
-   sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

3. Bapa sedang menulis surat.
-   Bapa ialah pembuat/subjek.
-   menulis ialah perbuatan melampau
-   surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

 Contoh pembahagian dalam ayat.

Subjek ( pembuat )
Kata Kerja Transitif
Penyambut ( objek )
Dia sukamembacabuku
Jamilah telahmemukulseekor ular
Abidin sedangmenjualkuih-muih
Ramli berjalanke sekolah

Contoh ayat:
  • Dia suka menjala ikan.
  • Jamilah telah memukul seekor ular.
  • Abidin sedang menjual kuih-muih.
  • Ramli berjalan ke sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan