10 April, 2012

Nota Daripada Pensyarah KRB 3033 - Bahagian 1.


NOTA GOLONGAN KATA
  1. Dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
  2. Tergolong sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama (isi utama) frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  3. Kata tugas tidak boleh menjadi inti frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif) tetapi masuk dalam binaan frasa, klausa,dan ayat melalui hubungannya dengan kata lain dalam tiga golongan kata itu.

Kata Nama

  1. Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.
  2. Kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas

  • Kata nama yang mendukung makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang.
  • Ditulis dengan huruf besar pada awal perkataan.
  • Dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup.
  • Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
    • kata nama khas hidup manusia
    • kata nama khas hidup bukan manusia.
  • Contoh kata nama khas:
    • hidup manusia - Luqman Hakim, Dr. Robert, Profesor Abu Hassan, Datuk Rajen, Meor Zakaria, Haji Hamzah dan sebagainya.
    • hidup bukan manusia - Izrail, Munkar, Sang Arnab, Si Kinantan dan sebagainya.
    • tidak hidup - Sabak Bernam, Selat Melaka, Menara Kuala Lumpur, Kolej Islam dan sebagainya.

Kata Nama Am

  1. Kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang bersifat umum.
  2. Contoh kata nama am, iaitu:
  • hidup manusia - ayah, guru, kanak-kanak, kapten pencuri, seniman, setiausaha dan sebagainya.
  • hidup bukan manusia - burung, harimau, jin, malaikat, pokok, syaitan, dan sebagainya.
  • tidak hidup institusi - hospital, jabatan, kolej, majlis, persatuan, sekolah, universiti dan sebagainya.
  • tidak hidup bukan institusi konkrit - jalan, kampung, langit, negara, rumah, sungai dan sebagainya.
  • tidak hidup bukan institusi abstrak berbilang - amalan, galakan, pendapat, pukulan, rancangan, senyuman dan sebagainya.
  • tidak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang - cuaca, keindahan, kejujuran, kemahuan, roh, udara dan sebagainya.

Kata Ganti Nama

  1. Kata yang mengantikan kata nama am atau kata nama khas.
  2. Contoh kata ganti nama:
  • tunjuk - itu, ini, sana, sini dan sebagainya
  • diri tanya - apa, siapa, mana dan sebagainya
  • diri orang pertama - aku, beta, patik, saya, kita, kami
  • diri orang kedua - anda, awak, engkau, kamu, kalian
  • diri orang ketiga - beliau, dia, mereka, ...-nya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan