12 April, 2012

Nota Daripada Pensyarah KRB 3033 - Bahagian 2.


Kata Kerja

  1. Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
  2. Terbahagi kepada dua, iaitu:
  • kata kerja transitif.
  • kata kerja tak transitif.

Kata Kerja Transitif

  1. Kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
  2. Terbahagi kepada dua, iaitu:
  • kata kerja transitif aktif - Abang melukis potret bapa.
  • kata kerja transitif pasif - Potret bapa dilukis oleh adik.
  1. Kata kerja transitif aktif boleh mengugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif.
  2. Contohnya:
  • Kebersihan bandar raya Petaling Jaya mengagumkan kami. Kebersihan bandar raya Petaling Jaya mengagumkan.
  • Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan ibu. Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan.

Kata Kerja Tak Transitif

  1. Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
  2. Kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.
  3. KKTT terbahagi kepada dua, iaitu:
  • kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
  • kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

  1. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikut pelengkap.
  2. Dapat dibuktikan menerusi penggunaan dalam ayat:
  • Kakak sedang menari.
  • Buah bacang itu gugur.
  1. Boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut:
  • Adik sedang bermain di hadapan rumah.
  • Buah bacang itu gugur sejak semalam.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

  1. Memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
  2. Unsur - unsur yang boleh menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
  3. Contohnya:
  • pelengkap kata adjektif - Kesihatan bapa bertambah baik.
  • pelengkap frasa sendi nama - Cikgu Roslan tinggal di Seremban.
  • pelengkap kata nama - Budak itu berselimutkan gebar.

2 ulasan:

  1. Bagus dan cantik blognya...info pun berguna untuk P&P.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas sokongan tuan.
    Sila berikan cadangan untuk menambah baik lagi blog ini.

    BalasPadam