Pepatah
|
Maksud Pepatah
|
Alah bisa tegal biasa. | Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan. |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Orang besar-besar berselisih, rakyat jelata yang menderita. |
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. | Membuat sesuatu sedikit demi sedikit, lama-lama akan berhasil juga. |
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. |
Mendapat sesuatu yang diingini.
|
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. |
Orang yang bercita-cita akan berusaha untuk mencapainya.
|
Genggam bara api, biar sampai jadi arang. |
Bersabar melakukan kerja yang susah hingga berjaya.
|
Ketengah boleh, ke tepi pun boleh. |
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja.
|
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. |
Budi baik tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
|
Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa. | Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak. |
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. | Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita. |
Biar putih tulang, jangan putih mata. | Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu. |
Ditelan mati emak, diluah mati bapa | Susah untuk memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting. |
Hilang bahasa lenyap bangsa | Kalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsa itu lagi. |
27 April, 2012
Belajar Mengenai Pepatah.
25 April, 2012
Belajar Mengenai Bidalan
Bidalan | Maksud Bidalan |
Alah membeli menang memakai |
Beli barang bernilai dengan harga tinggi kerana mutunya.
|
Diam ubi berisi, diam penggali berkarat | Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa. |
Hati hendak semua jadi |
Jika ingin melakukan sesuatu pasti boleh berjaya
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih | Jika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu, hanya pandai memberikan pelbagai alasan |
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa | Lama hidup meluaskan pengalaman dan pengetahuan |
Nak kaya berdikit-dikit |
Kalau hendak kaya harus berjimat cermat
|
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit | Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya akan bertambah juga hasilnya. |
23 April, 2012
Belajar Mengenai Perumpamaan

- Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
- Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama
- Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
- Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terang an dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
- Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik, manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
- Antara contoh perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan | Maksud Perumpamaan |
Bagai melukut di tepi gantang | Orang yang tidak dipedulikan |
Bagai menatang minyak yang penuh | Memelihara anak dengan penuh kasih sayang |
Bagai mencurah air ke daun keladi | Tidak berguna memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar |
Bagai tikus jatuh ke beras | Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan |
Seperti anak ayam kehilangan ibu | Orang yang hilang tempat bergantung |
Seperti aur dengan tebing | Orang yang suka tolong-menolong |
Seperti embun di hujung rumput | Kesetiaan yang tidak kekal |
Seperti hujan jatuh ke pasir | Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi |
Seperti ikan pulang ke lubuk | Orang merantau balik ke tempat asal |
Seperti ketam menyuruh anaknya | Menasihati orang berbuat baik tetapi diri sendiri tidak berbuat demikian |
Seperti pahat dengan penukul | Orang yang membuat pekerjaan hanya apabila disuruh |
Seperti tanduk diberkas | Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar | Membuat sesuatu, biarlah sampai habis |
Belakang parang jika diasah lagikan tajam | Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai |
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak | Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap |
Genggam bara api, biar sampai jadi arang | Membuat sesuatu sehingga selesai dan berjaya |
Kalau tidak dipecahkan ruyung, | Bersusah-payah sebelum mendapat hasil yang baik |
Lain padang lain belalang | Adat resam sesuatu tempat adalah berbeza |
21 April, 2012
Belajar Mengenai Bandingan Semacam.



17 April, 2012
Belajar Mengenai Kata Seru

1.Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
15 April, 2012
Salam Ahad 15 April.


12 April, 2012
Nota Daripada Pensyarah KRB 3033 - Bahagian 2.

Kata Kerja
- Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
- Terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata kerja transitif.
- kata kerja tak transitif.
Kata Kerja Transitif
- Kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
- Terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata kerja transitif aktif - Abang melukis potret bapa.
- kata kerja transitif pasif - Potret bapa dilukis oleh adik.
- Kata kerja transitif aktif boleh mengugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif.
- Contohnya:
- Kebersihan bandar raya Petaling Jaya mengagumkan kami. Kebersihan bandar raya Petaling Jaya mengagumkan.
- Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan ibu. Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan.
Kata Kerja Tak Transitif
- Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
- Kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.
- KKTT terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
- kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikut pelengkap.
- Dapat dibuktikan menerusi penggunaan dalam ayat:
- Kakak sedang menari.
- Buah bacang itu gugur.
- Boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut:
- Adik sedang bermain di hadapan rumah.
- Buah bacang itu gugur sejak semalam.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- Memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
- Unsur - unsur yang boleh menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
- Contohnya:
- pelengkap kata adjektif - Kesihatan bapa bertambah baik.
- pelengkap frasa sendi nama - Cikgu Roslan tinggal di Seremban.
- pelengkap kata nama - Budak itu berselimutkan gebar.
10 April, 2012
Nota Daripada Pensyarah KRB 3033 - Bahagian 1.

NOTA GOLONGAN KATA
- Dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
- Tergolong sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama (isi utama) frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
- Kata tugas tidak boleh menjadi inti frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif) tetapi masuk dalam binaan frasa, klausa,dan ayat melalui hubungannya dengan kata lain dalam tiga golongan kata itu.
Kata Nama
- Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.
- Kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
Kata Nama Khas
- Kata nama yang mendukung makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang.
- Ditulis dengan huruf besar pada awal perkataan.
- Dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup.
- Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
- kata nama khas hidup manusia
- kata nama khas hidup bukan manusia.
- kata nama khas hidup manusia
- Contoh kata nama khas:
- hidup manusia - Luqman Hakim, Dr. Robert, Profesor Abu Hassan, Datuk Rajen, Meor Zakaria, Haji Hamzah dan sebagainya.
- hidup bukan manusia - Izrail, Munkar, Sang Arnab, Si Kinantan dan sebagainya.
- tidak hidup - Sabak Bernam, Selat Melaka, Menara Kuala Lumpur, Kolej Islam dan sebagainya.
Kata Nama Am
- Kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang bersifat umum.
- Contoh kata nama am, iaitu:
- hidup manusia - ayah, guru, kanak-kanak, kapten pencuri, seniman, setiausaha dan sebagainya.
- hidup bukan manusia - burung, harimau, jin, malaikat, pokok, syaitan, dan sebagainya.
- tidak hidup institusi - hospital, jabatan, kolej, majlis, persatuan, sekolah, universiti dan sebagainya.
- tidak hidup bukan institusi konkrit - jalan, kampung, langit, negara, rumah, sungai dan sebagainya.
- tidak hidup bukan institusi abstrak berbilang - amalan, galakan, pendapat, pukulan, rancangan, senyuman dan sebagainya.
- tidak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang - cuaca, keindahan, kejujuran, kemahuan, roh, udara dan sebagainya.
Kata Ganti Nama
- Kata yang mengantikan kata nama am atau kata nama khas.
- Contoh kata ganti nama:
- tunjuk - itu, ini, sana, sini dan sebagainya
- diri tanya - apa, siapa, mana dan sebagainya
- diri orang pertama - aku, beta, patik, saya, kita, kami
- diri orang kedua - anda, awak, engkau, kamu, kalian
- diri orang ketiga - beliau, dia, mereka, ...-nya.
06 April, 2012
Belajar Mengenai Kata Kerja - Bahagian 2
KATA KERJA
- Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan olehpembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepadabenda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami | mandi | di tasek itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
Kata Kerja Tak Transitif
02 April, 2012
Belajar Mengenai Kata Kerja - Bahagian 1
KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
- Atan ialah pembuat/subjek.
- mendengar ialah kata kerja transitif
- radio ialah objek (kata nama)
Subjek ( pembuat )
|
Kata Kerja Transitif
|
Penyambut ( objek )
|
Dia suka | membaca | buku |
Jamilah telah | memukul | seekor ular |
Abidin sedang | menjual | kuih-muih |
Ramli | berjalan | ke sekolah |
- Dia suka menjala ikan.
- Jamilah telah memukul seekor ular.
- Abidin sedang menjual kuih-muih.
- Ramli berjalan ke sekolah.
01 April, 2012
Salam Sejahtera 1 April.
.jpg)
|