Kata Kerja
- Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
- Terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata kerja transitif.
- kata kerja tak transitif.
Kata Kerja Transitif
- Kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
- Terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata kerja transitif aktif - Abang melukis potret bapa.
- kata kerja transitif pasif - Potret bapa dilukis oleh adik.
- Kata kerja transitif aktif boleh mengugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif.
- Contohnya:
- Kebersihan bandar raya Petaling Jaya mengagumkan kami. Kebersihan bandar raya Petaling Jaya mengagumkan.
- Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan ibu. Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan.
Kata Kerja Tak Transitif
- Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
- Kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.
- KKTT terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
- kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikut pelengkap.
- Dapat dibuktikan menerusi penggunaan dalam ayat:
- Kakak sedang menari.
- Buah bacang itu gugur.
- Boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut:
- Adik sedang bermain di hadapan rumah.
- Buah bacang itu gugur sejak semalam.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- Memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
- Unsur - unsur yang boleh menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
- Contohnya:
- pelengkap kata adjektif - Kesihatan bapa bertambah baik.
- pelengkap frasa sendi nama - Cikgu Roslan tinggal di Seremban.
- pelengkap kata nama - Budak itu berselimutkan gebar.
Bagus dan cantik blognya...info pun berguna untuk P&P.
BalasPadamTerima kasih di atas sokongan tuan.
BalasPadamSila berikan cadangan untuk menambah baik lagi blog ini.