KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif
- Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan olehpembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepadabenda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka bersiar-siar pada hari cuti.
Mereka melakukan kerja iaitu berjalan, tidak kepada benda lain
2. Anjing itu sedang tidur.
Anjing melakukan kerja iaitu tidur, tidak kepada benda lain.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Hujan melakukan kerja iaitu turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami | mandi | di tasek itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat,
yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan
ada yangberimbuhan ber, men, ter, ber... an dan
Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Murid-murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.
salam...
BalasPadamentri terbaik...
jom follow blog saya..
http://cikguliza65.blogspot.com/
Salam,
BalasPadamharap beri teguran dan tunjuk ajar untuk memperbaiki blog ini.
Terima kasih.