26 Mac, 2012

Belajar Mengenai Kata Penguat.


KATA PENGUAT


1.        Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan
        maksud kata adjektif.
2.        Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
3.        Contoh

Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling


4.        Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
5.        Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
6.        Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada  
        sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
1.        Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.        Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.        Suhu di kawasan kutub amat sejuk.
4.        Kereta api itu sangat laju.
5.        Kereta itu laju sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan