27 Mac, 2012

Tips Mengarang Yang Berkesan


PILIH SOALAN YANG TEPAT
Baca semua soalan.
Pilih tajuk karangan beserta format yang benar-benar dikuasai.
Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.


KUNCI SOALAN
Kunci karangan biasanya berupa kata atau rangkaian kata. 
  Contohnya :
i      Ceritakan tindakan-tindakan………
      ii     Tulis perbualan………..
      iii    Bincangkan……..
Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada 
   kehendak soalan.                                            


SEDIAKAN RANGKA KARANGAN
Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
Isi-isi karangan perlu diberikan huraian beserta contoh yang sesuai.
Karangan anda harus mempunyai penutup, iaitu kesimpulan tentang tajuk.


MENULIS KARANGAN YANG BAIK
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum tentang 
  kehendak soalan.
Pada bahagian isi, memadailah empat isi beserta contoh yang sesuai.
Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan perkaitan isi karangan.
Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun,
  dan sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.


MENYEMAK KARANGAN
Tujuannya supaya:
i     markah tidak ditolak.
ii    dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa.
iii   dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi.
iv   panjang karangan menepati arahan soalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan