31 Mac, 2012

Koleksi Simpulan Bahasa Bahagian 1


Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum makan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
anak emakanak yang terlalu bergantung kepada ibunya untuk membuat keputusan
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan atau kurang senang.
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar atau berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil dan sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hatibersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akalhilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan