26 Mac, 2012

Belajar Mengenai Kata Bilangan.


KATA BILANGAN


1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

 
Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentusatu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentubeberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-

setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahansetiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunankedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkatpertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanyaberapa

Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan

1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.

2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.

3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh

2. Dua ekor kambing.

3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta,
    berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul
    durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu

1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh

2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat

1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu 
   jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga

2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam
    peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan

1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus

2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang
    hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan    
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap

2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah
    dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan