27 Mac, 2012

Panduan Pemarkahan Item Penulisan Bahagian B

Penskoran CEMERLANG (26 - 30 markah)
  • Persembahan atau penyampaian idea yang jelas dan menarik untuk dibaca.
  • Pengolahan idea yang bernas, mempunyai huraian atau contoh yang lengkap dan menggunakan pelbagai ayat gramatis bertepatan dengan tema.
  • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan yang diberikan.
  • Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.
  • Mengandungi pendahuluan, minimum empat isi dan penutup yang bernas.
  • Membuat kesalahan yang minimum sekitar satu hingga tiga kesalahan.

Penskoran BAIK (21 - 25 markah)

Penskoran SEDERHANA (16 - 20 markah)
  • Persembahan atau penyampaian idea yang jelas untuk dibaca.
  • Pengolahan idea yang baik dan menggunakan ayat yang gramatis bertepatan dengan tema atau soalan.
  • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema atau soalan yang diberikan.
  • Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi masih tidak menjejaskan karangan.
  • Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi dan penutup yang bernas.
  • Membuat kesalahan yang maksimum sehingga lapan kesalahan.
  • Kurang daripada 80 patah perkataan.

Penskoran MEMUASKAN (11 - 15 markah)
  • Persembahan atau penyampaian idea mudah dan ringkas untuk dibaca.
  • Pengolahan atau menyatakan idea menggunakan ayat dasar yang bersesuaian dengan tema atau soalan.
  • Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema.
  • Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah dan koma) dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan dalam karangan.
  • Mengandungi pendahuluan, minimum satu isi dan penutup yang sesuai.
  • Membuat banyak kesalahan tetapi masih tidak menjejaskan idea keseluruhan.
  • Kesalahan maksimum sehingga 15 kesalahan.

Penskoran PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM (1 - 10 markah)

  • Persembahan atau penyampaian idea tidak sesuai dengan tema karangan.
  • Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema serta sukar difahami.
  • Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak bersesuaian dengan tema.
  • Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan sepenuhnya.
  • Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak tema.
  • Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas maksudnya.
  • Keseluruhan persembahan atau isi karangan terpesong atau tidak menjawab soalan atau tajuk yang diberi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan