30 Mac, 2012

Belajar Mengenai Kata Adjektif


KATA ADJEKTIF

Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. 

Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan  golongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. lemah, kukuh, kemas, kejap, cantik, kuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh

Sedap, manis, pahit, lemak, pedas
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan